Free Fire: Battlegrounds Game Mobile Survival Terbaik?

Tahun 2017, kebanyakkan orang berpendapat bahawa ia adalah tahun Multiplayer online battle arena (MOBA) dan tahun 2018 besar kemungkinan adalah tahunnya game bercirikan battle royale.

Dengan hadirnya permainan seperti PUBG dan ROS di mobile menyebabkan ia mudah untuk dimainkan dimana sahaja dan rating terhadap game tersebut semakin tinggi. Pada kali ini, admin hendak kongsikan satu lagi game yang bercirikan battle royale dan boleh dimainkan di telefon bimbit anda iaitu Free Fire: Battlegrounds.

Free Fire merupakan game yang dikeluarkan oleh Garena. Ia merupakan game yang bercorak survival shooter dan tersedia di iOS dan juga Android. Corak game ini adalah hampir sama dengan PUBG dan ROS, iaitu bermotokan jadilah yang terakhir. Yang terakhir bertahan untuk hidup akan bakal menang.

Free Fire telah berjaya menambat hati ramai orang apabila pada Januari, ia berjaya mencatat rating nombor 1 di 22 negara dalam game mobile dan telah di muat turun oleh puluhan juta orang.

Corak permainan hampir sama dengan permainan pesaingnya iaitu anda akan dijatuhkan daripada pesawat ke sebuah pulau terpencil. Pemain bebas memilih lokasi untuk mereka terjun. 50 orang pemain akan bertanding satu sama lain bagi merebut gelaran last man standing.

Mode yang disediakan mirip dengan PUBG iaitu anda boleh bermain secara solo, duo ataupun Squad. Squad ialah untuk mereka yang ingin bermain dengan pasukan dan terdiri sebanyak 4 orang.

Kenapa anda patut pertimbangkan game ini?

Game survival Free Fire ini tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi dari smartphone kita sebab syarat minimum untuk Android hanyalah Android 4.03 (Ice Cream Sandwich) dan iOS pula ialah iOS 8.0.

Minimal Ram untuk Android hanya 1GB dan 600MB sahaja diperlukan. iOS pula hanya memerlukan 600 MB.

Kedua, mengikut pengalaman pemain, game ini mempunyai bug atau lag yang minimum berbanding game saingan. Jika phone anda kerap lag semasa bermain game survival lain  maka anda boleh cuba Free Fire.

Ketiga, game ini memiliki map yang lebih kecil maka waktu yang diambil adalah tidak begitu lama. Justeru sangat dianjurkan kepada mereka yang sibuk dan kejar masa.

Walaubagaimanapun, game ini masih memiliki kekurangan dari segi grafik dan feature.

Free Fire: Battlegrounds adalah game terbaik bagi mereka yang memiliki low end phone tetapi jika anda mempuyai smartphone yang lebih canggih dengan RAM yang besar dan processor yang bagus maka anda boleh cuba game pesaing dan bandingkan.

Comments (0)
Add Comment