FORTNITE Membuat Binaan Cara Mudah Dan Pantas!

Ramai masih tercari-cari bagaimana hendak membuat binaan dengan mudah dan pantas di dalam Game paling Popular pada masa ini. Tips di bawah dapat membantu anda.

Fortnite telah menjadi satu game antara yang terpopular sebaris dengan game Battle Royal lain seperti PUBG. Ada yang mengatakan memang popularity Fortnite memang adalah No. 1 dalam carta. Fortnite dan PUBG berkongsi banyak persamaan tetapi mereka mempunyai perbezaan yang signifikan dalam kandungan dan gaya permainan.

Menembak dan memiliki senjata baik adalah komponen penting, tetapi meletakkan diri di dalam lokasi atau tempat perlindungan yang baik dan berciri mengumpan musuh adalah juga factor untuk menang.

 

BINAAN / BUILDING

Salah satu tips yang penting untuk meneruskan permainan hingga ke akhir yang berbeza daripada PUBG ialah membuat binaan seperti wall, platform, dan ramp. Kegunaan binaan ini adalah seperti membuat tempat perlindungan dan juga jambatan untuk menyeberangi sesuatu tempat, juga boleh digunakan untuk membuat jalan untuk membuat kedudukan untuk menembak musuh.

Sumber-sumber untuk membuat binaan boleh didapati dengan menyerang atau memukul object-object di sekeliling menggunakan kapak seperti pokok (kayu), dinding rumah (batu) dan object-object besi (besi) di mana kayu adalah struktur paling lemah, batu sederhana dan besi paling keras.

Kami gariskan cara-cara mudah dan shortkey untuk membuat binaan dengan pantas.

 

BUILD KEY

F1, F2, F3, F4: Membuka menu binaan seperti ramp, platform, wall & dll.

F5: Untuk meletakkan perangkap (berkesan untuk permukaan rata)

LMB(Left click): Apabila berada dalam menu binaan, klik untuk membuat binaan yang dipilih.

RMB(Right click): Apabila berada dalam menu binaan, klik untuk menukar jenis bahan binaan.

G: Mengubah struktur binaan, menambah pintu, tingkap dll.

R: Mengubah kedudukan pusingan struktur.

 

KEY REBIND

Cadangan ini terhasil daripada kaji selidik daripada website-website yang arif tentang Fortnite untuk memudahkan dan mempercepatkan binaan.

Setup terbaik

Wall: Q atau E

Ramp: F atau V

Platform: F atau V

 

Alternatif

Wall: Z

Ramp: C

Platform: X

 

Untuk mouse yang mempunyai button tambahan di ibu jari anda mungkin boleh mencuba sendiri button yang bersesuaian, mungkin pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri untuk klik button tambahan pada mouse tetapi itu adalah cara terbaik kerana tangan anda tidak perlu melepaskan mouse untuk membuat binaan.

Tips: Membuat binaan juga akan membolehkan kedudukan korang dikesan oleh musuh, so good luck korang

binaanbuildingfortnitekeybindrebind
Comments (0)
Add Comment