DOTA 2: Filem Dokumentari True Sight – The International 8 Final Bakal Ditayangkan Januari Ini!

Peminat-peminat game Dota 2 khususnya, harus menanda kalendar anda kerana True Sight yang merupakan filem dokumentari yang diterbitkan oleh Valve sendiri bakal ditayangkan pada 15 Januari 2018.

Filem ini akan memaparkan detik-detik penting dalam sejarah DOTA 2 dan sekaligus memaparkan detik perlawanan grand final The International 8 antara OG dan PSG.LGD.
.

Dalam trailer ini korang dapat lihat perjalanan para pemain Dota bagi pasukan OG dan PSG.LGD di dalam Rogers Arena, Vancouver, Kanada. Bagaimana perasaan pemain-pemain Dota 2 yang sedang bergelut dengan tekanan dan pelbagai emosi bagi memenuhi kehendak banyak pihak.
.

True Sight setakat ini sudah meiliki 6 episod termasuk siri yang bakal diterbitkan ini. Yang menarik filem dokumentari ini dapat ditonton secara percuma di Steam, Dota 2, ataupun YouTube.Stay Tuned.

Comments (0)
Add Comment