5 tahun dahulu sempat heboh sebuah game yang menarik perhatian ramai iaitu Cyberpunk 2077, namun sejak itu khabar tentang game berkenaan hilang begitu sahaja sehingga menyebabkan kepercayaan peminat semakin hilang.
Gamers sangat menantikan keluaran game yang diterbitkan oleh CD Project Red kerana ia mampu menghadirkan pengalaman permainan yang sangat unik dan menarik. Jika anda pernah main siri The Witcher tentu anda tidak akan lepaskan keluaran CD Project Red.
Pada acara E3 2018 semasi pengumuman Xbox, penerbit akhirnya mengeluarkan sebuah trailer untuk gamer RPG terbaru mereka – Cyberpunk 2077.
Trialer ini bukan sahaja memaparkan visual yang cinematic tetapi kita juga dapat melihat rincian permainan tersebut. Tentang dunia gama tersebut. Tentang kisah hidup karaketer utama dan seabgainya. Namun, malangnya belum ada lagi persembahan gameplaynya oleh penerbit.
Berdasarkan temubual dengan IGN, penerbit memberi tahu game ini akan menjadi “First-Person RPG“, namun penerbit tidak mahu ia dikenali sebagai FPS kerana game akan lebih menumpukan pada sisi RPG berbanding sisi shooting. Sisi shooting hanya akan menjadi pelapis dari aspek RPG di game tersebut.
Pemain akan memainkan watak sebagai V, seorang pembunuh upahan dan boleh dipilih sama ada lekaki atau perempuan. Anda juga boleh customize keseluruhan karekter. Ia juga memiliki perubahan cuaca. Sistem quest dan cerita akan tidak jauh berbeza dengan The Witcher 3.
Selain itu, pemain dijamin tidak akan bosan kerana ada keterlibatan keputusan pemain. Setiap keputusan pemain akan memberi impak dan jalan cerita yang berbeza. Map yang dijanjikan dalam game ini juga sangat besar.
Setakat ini Cyberpunk 2077 belum anda tarikh bilakah akan dilancarkan. Moga para gamer dapat bersabar.