6 Senjata Rare Yang Anda Boleh Dapatkan Di PUBG Mobile

Airdrop merupakan salah satu tempat untuk anda memperolehi barang-barang rare di PUBG. Sepanjang permainan anda, pesawat akan menjatuhkan sebuah kotak yang berisi item-item yang rare dan paling function.

Jika anda bernasib baik, anda dapat memerolehi item-item seperti baju penyamaran atau ghillie suit, scope 8x dan senjata yang rare seperti sniper. Kebanyakkan pemain mengejar airdrop untuk dapatkan sniper. Secara kasar, senjata-senjata yang diperolehi dari airdrop memiliki damage yang tinggi.

Tips untuk korang hati-hati, kerana objektif pemain biasanya jelas bila nampak airdrop, anda berkemungkinan di snipe oleh pihak lawan yang memantau anda dari jauh.

Berikut admin kongsikan 6 jenis senjata yang boleh anda perolehi dari Airdrop.

1. Mk 14 EBR (Designated Marksman Rifle)

Senjata ini seperti pakai SKS tetapi dengan penambahan yang lebih baik dari segi recoil dan dan damage. Terdapat 2 jenis mode iaitu auto dan semi-auto. Anda boleh lengkapkan ia dengan Red Dot, Holographic, 2x, 4x dan 8x. Anda juga boleh tambah tools seperti flash hider, suppressor dan SR compensator untuk lebih power.

2. M249 (Light Machine Gun)

 

Senjata ini merupakan jenis light machine gun. Anda akan dilengkapi dengan peluru yang banyak dan memiliki rate of fire yang tinggi. Senjata ini alternatif M16A4. Senjata ini juga menerima scope Red Dot, Holographic, 2x, 4x dan 8x.

3. AUG A3 (Assault Rifle)

Bagi peminat SCAR-L, anda boleh pertimbangkan senjata ini. Ia memiliki kecepatan fire rate yang lebih tinggi. Senjata ini bagus untuk digunakan dalam mode semi-auto.

4. Groza (Assault Rifle)

Groza menggunakan ammo jenis 7.62 dengan 30 butir peluru. Fire rate yang dimiliki Groza adalah tinggi maka ia digeruni oleh musuh.

5. M24 (Sniper Rifle)

Senjata ini biasanya kita kerap jumpa jika dibandingkan dengan AWM. Menggunakan ammo jeni 7.62.

6. AWM (Sniper Rifle)

AWM (Arctic Warfare Magnum) atau terkenal dengan Sniper Magnum dalam kalangan pemain.

Sniper yang paling best dan menjadi pilihan kebanyakkan pemain sebab ia meninggalkan damage yang paling tinggi dan boleh tembak dari jarak jauh dengan ketepatan yang baik.

Tetapi senjata ini memiliki sedikit kekurangan sebab ada jeda waktu setiap tembakan.

Comments (0)
Add Comment