5 Jenis Permain Paling Nostalgia Bagi Gamers 90an

Sekarang kita sudah semakin menghampiri dekad 2020. Dimana dunia kini telah mengecapi pelbagai bentuk perubahan baik dari segi material mahupun immaterial. Permainan video juga tidak ketinggalan, dimana game telah bermetamorfosis dari satu bentuk ke satu bentuk yang baru.

Bagi gamer-gamer 90an, game yang dilayan adalah dari komputer yang masih memakai disket dan konsol yang menggunakan tape. Terdapat juga game-game yang dimainkan melalui telefon pintar dan brick game.

Sekarang sudah hampir 3 dekad berlalu, banyak game-game yang menjadi memori dalam hidup ini. Walaupun banyak game-game baru yang menarik dan mempunyai visual yang lebih tinggi tetapi yang lama juga tetap menjadi ingatan yang selalu tersimpan. Disini admin cuma nak kongsikan 5 games sahaja yang menjadi nostalgia gamer-gamer 90an.

1. Age of Empires II: The Age of Kings

 

 

 

 

 

 

Game ini dikeluarkan akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1999 oleh Microsoft. Game ni merupakan antara game strategi yang terbaik pernah dihasilkan masa 90an. Game yang bercorak Real Time Strategy (RTS). Keunikan game ini ialah, ia menawarkan satu set zaman pertengahan yang real. Pemain akan membina empayar dari awal sejarah.

2. Command & Conquer

Game ini rasa tak perlu diperkenalkan lagi. Ramai yang mesti pernah main game ini. Game ini merupakan game RTS yang paling popular pada 90an. Dikeluarkan oleh Virgin Interactive Entertainment pada tahun 1995. Banyak game-game RTS tidak akan terhasil jika tanpa Command & Conquer.

Selain itu terdapat juga game-game RTS yang popular pada ketika itu yang menjadi kegilaan kanak-kanak mahupun dewasa iaitu Warcraft dan Starcraft.

3. Doom

 

 

 

 

 

Game ini sudah berusia 25 tahun, dikeluarkan pada tahun 1993 oleh GT Interactive. Game ini menjadi penanda bagi game-game FPS. Game ini merupakan sebuah masterpiece dalam genre tembak-tembak.

Selepas Doom, ada game-game tembak-tembak yang menarik dan popular seperti Duke Nukem 3D, Half-Life, Star Wars: Dark Forces dan lain-lain lagi. Duke Nukem pernah menjadi kontroversi ketika dahulu disebabkan terlalu ganas dan mendiskriminasikan wanita. Keunikan Duke Nukem terletak pada design game, interaktif dan gameplay yang menarik.

4. Super Mario

Game sehingga sekarang masih lagi dimainkan dan masih lagi dikeluarkan. Game yang paling otai, dikeluarkan oleh Nintendo pada tahun 1985. Game ini menampilkan maskot yang bernama Mario dan juga Luigi abangnya. Misi Mario adalah untuk menyelamatkan sang puteri. Pemain terpaksa mengharungi cabaran dan rintangan untuk menyelamatkan sang puteri yang diculik tersebut.  Mario merupakan antara game konsol yang selalu dimainkan. Akhir tahun 90an hadir game-game konsol yang juga menarik seperti GTA 1 dan 2.

5. Snake

Satu game paling epik yang dimainkan di telefon bimbit pada zaman 90an. Pada zaman Nokia 3310 mana ada lagi game-game telefon pintar yang dimainkan pada zaman sekarang. Game snake merupakan game yang selalu dilayan ketika kebosanan, tengah lepak-lepak, sebelum tidur dll. Mengikut sejarah game ini sudah ada sejak 1978 lagi.

 

Comments (0)
Add Comment