Game PUBG merupakan salah satu game yang paling kerap dimainkan di seluruh dunia. Apatah lagi di negara India, game ini telah dimainkan oleh jutaan penduduk mereka.
Ahmedabad – India. Pihak berkuasa Kota Ahmedabad, Gujarat, India telah menangkap 10 mahasiswa semalam kerana didapati bermain game PUBG.
Berikutan begitu banyak kes-kes yang dilaporkan, salah satu negeri di India, Gujarat telah mengeluarkan peraturan yang mengharamkan permain PUBG itu dengan alasan game tersebut lebih menghasilkan kesan negatif berbanding positif. Polisi ini telah diterapkan di negeri tersebut sejak minggu yang lalu.
Menurut salah seorang pihak polis, Rohit Raval, mengatakan, semua kesepuluh penuntut universiti yang ditahan tersebut telah dilepaskan dengan ikat jamin pada hari yang sama.
Tambah Raval “Permainan ini telah menyebabkan ketagihan dan ramai yang leka.”
Peraturan ini dibuat kerana PUBG Mobile kerana terdapat banyak bantahan daripada Ibubapa kerana ia dapat menganggu tumpuan pelajaran anak-anak mereka dan khuatir game tersebut akan dapat mendatangkan pengaruh buruk berikutan elemen keganasan yang terdapat di dalam game PUBG.
Setakat ini beberapa wilayah telah cuba menerapkan peraturan ini dikawasan mereka. Mereka yang ditangkap akan disabitkan kesalahan dibawah akta 188/ IPC dan pesalah boleh dikenakan denda atau penjara hingga satu bulan.