Adakah Menara Tilted Fortnite Akan Dilanggar Meteor Tidak Lama Lagi?

0 771

Menara Fortnite (Tilted Towers) berkemungkinan akan musnah dilanggar meteor seawal hari ini. Ramai yang beranggapan menara Fortnite akan dilanggar oleh meteor dalam peta battle royal tidak lama lagi.

Sejak akhir-akhir ini, penampakan metero telah menghadirkan tanda tanya dalam kalangan pemain battle royal Fortnite. Ada yang mengatakan bahawa serangan meteor itu tidak lama akan jatuh menjunam melanggar menara tersebut kerana arah meteor menjurus ke situ. Berkemungkinan menara tersebut akan musnah disebabkan komet.

Tersebar gosip bahawa serangan meteor Fortnite akan memainkan peranan besar dalam Fortninte musim ke-4 yang dijangkakan akan bermula pada minggu hadapan.

Pada akhir-akhir ini, Fortnite musim ke-3, developer telah memberi clue tentang bilakah komet tersebut akan melanggar bumi Fortnite.

Pada hari ini, Epic Games telah melancarkan update Fortnite yang terikini iaitu 3.5. Patch ini memperkenalkan Clinger Grenader terbaru dan membolehkan pemain untuk kembalikan item kosmetik tertentu untuk V-Buck.

Kemaskini ini sedikit mengejutkan, walaubagaimanapun, Epic Games cenderung untuk mengeluarkan update Fortnite yang sebenar seawal hari ini.

Fortnite Intel mengumumkan bahawa update Fortnite 3.6 ini akan membawakan anda ruang permainan yang baru di atas lokasi menara.

Pada ketika ini, anggapan yang dikeluarkan baru bersifat spekulasi. Namun kebanyakkan gosip berpendapat terdapat tanda-tanda bahawa komet tersebut akan melanggar Battle Royal pada hari ini atau 30 April.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.