Fortnite Akhirnya Hadirkan Feature Respawn Dalam Permainan!

0 1,220

Buat anda yang sudah terbiasa dengan game battle royale tentu anda sudah sedia maklum bahawa setiap perlawanan akan menelan waktu 15-30 minit. Pemain yang kalah awal terpaksa menunggu kalau ingin kejar point ataupun quit dari game.

Tetapi, game battle royale terbaru iaitu Apex Legends telah mengambil pendekatan berbeza, dimana pemain dapat menghidupkan kembali anggota pasukan mereka. Feature ini dikenali sebagai respawn dan ia mendapat respon positif.

Sebelum ini telah terdapat ura-ura bahawa Epic games akan menghadrikan feature ini di dalam game Fortnite. Pada hari ini, akhirnya feature yang ditunggu-tunggu oleh para pemain Fortnite telah dihadirkan. Feature ini membolehkan para pemain Fortnite untuk menghidupkan kembali rakan sepermainan setalah mati.

 

Feature ini dijangka akan di hadirkan menerusi update Fortnite v8.30 pada minggu ini. Feature yang dikenali sebagai Reboot Vans ini adalah sebuah kenderaan berbentuk van yang membolehkan pemain menghidupkan kembali rakan seperjuangan, bukan sahaja seorang tetapi semua.

Berikut adalah trailer yang dikeluarkan oleh Epic Games.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.