Apex Legend Hadirkan Update Buat Pertama Kali – 700MB!
Apex Legends merupakan game yang sedang trending pada ketika ini. Walaupun baru berusia 1 minggu dalam industri gaming, ia telah berjaya meraih lebih dari 25 juta pemain dan 2 juta pemain aktif.
Pada 14 Februari 2019, Apex Legends telah lakukan updatenya yang pertama. Penambah baikan tersebut menelan kapasiti lebih kurang 700 mb.
Antara pekara baru yang dihadirkan ialah tawaran skin menarik bermula hari ini sehinggalah 19-20 Februari.
Skin yang ditambahkan ialah skin Longbow Epic DMR “Through the Heart” dan banner frame Pathfinder “Love of the Game”. Respawn juga menambahkan banner badge baru.
Selain itu, update tersebut juga memperbaiki UI, bug dan masalah kestabilan server dan client, termasuk gray screen semasa memasuki lobby. Untuk lihat lebih lanjut tentang penambah baikan yang dilakukan, boleh lihat disini.