6 Hero Mobile Legends Yang SERUPA Dengan Hero DOTA 2

0 1,714

#1 Juggernaut VS Balmond

Kalau kita tengok, muka Balmond ni sama dengan Axe dari Dota 2 kan, betul tak? Tapi kalau kita bandingkan dari segi skill, Balmond punya Cyclone Sweep sebijik sama dengan Blade Fury Juggernaut. Balmond akan berpusing dan memberikan damage kepada enemy di sekelilingnya. Sama juga dengan Blade Fury dari Juggernaut.

#2 Mirana VS Irithel

Kalau kita perhatikan, Mirana dengan Irithel ni serupa, kedua-duanya hero perempuan yang ada haiwan tunggangan, tak sure lah harimau ke kucing diorang naik tu. Tapi walaupun dua-dua nampak lebih kurang sama, skill diorang berbeza sikit.

Mirana punya skill adalah Starstorm, Sacred Arrow, Leap, dan dia punya Ulti adalah Moonlight Shadow. Dari keempat-empat skill tersebut, hanya Starstorm je yang macam ala-ala skill Force of the Queen, keduanya skill AoE (area of effect) yang memberikan damage di area sekitar.
Namun, Irithel tidak boleh stun seperti Mirana, dan ultimate dari Irithel bukanlah invisible, melainkan melompat (seperti Leap) dan memberikannya 140% bonus physical damage untuk 15saat.

#3 Pudge VS Franco

Pudge, memang betul-betul nampak serupa dengan Franco bila guna skin Wasteland Butcher, macam adik beradik dah haa. Kedua mereka memiliki perwatakkan yang sama, iaitu tukang pemotong daging kat market (butcher) dan berbadan besar. Skill mereka yang serupa adalah Hook atau kemampuan untuk mencangkuk musuh dan menarik musuh mai dekat. So kalau pakai Pudge atau Franco, yang penting adalah positioning, jangan duk hook angin pulak. Haha. Korang kena berhati-hati dengan dua-dua hero ni sebab skill Hook deal damage yang tinggi.

#4 Tiny VS Grock

Persamaan yang ketara dari segi fizikal untuk Tiny dan Grock adalah kedua-duanya diperbuat dari batu tapi dari segi skill tu, takde yang sama.

Tapi Grock punya skill Guardian’s Barrier tu nampak macam ala2 skill Earthshaker Dota 2 punya skill Fissure. Kedua-dua skill ada macam stone wall yang block enemy dari lari cuma skill Grock punya skill tu takde stun dan damage.

#5 Timbersaw VS Fanny

Eh, betul ke Timbersaw ni sama dengan Fanny? Lain macam je. Muka pun tak sama. Sebenarnya, kedua-dua karakter ini dapat mengeluarkan rantai atau chain untuk menarik dan mengheret dirinya sendiri sekaligus memberi damage pada enemy yang dilaluinya. Skill Fanny iaitu Steel Cable membolehkan dia melarikan diri bila enemy attack, begitu juga dengan Timbersaw.

#6 Puck VS Alice

Pernah dengar tak pepatah melayu, “sama tapi tak serupa”. Haa, Puck dan Alice ni lah, nampak sama tapi muka diorang iras pun takde. Hanya sama dari segi skill. Skill teleport Alice yang bernama Flowing Blood nampak serupa dengan skill Puck yang boleh teleport jarak dekat sambil deal damage. Alice mempunyai skill Blood Ode yang membolehkan dia menyedut dan minum darah enemy berdekatan dan deal damage sebanyak 160 point! Macam vampire! Sementara Puck punya ulti iaitu Dream Coil mengumpul volatile magic yang mengikat dan stun enemy selama 0.5 saat dan memberikan damage yang kuat nak mampus!

Okay ini sahaja Hero dari Dota 2 dan Mobile Legends yang Moshed Gaming pilih untuk buat perbandingan yang nampak sama tapi tak serupa. Bagi pendapat korang pulak, hero apa yang korang nampak lebih kurang sama di Dota 2 dan Mobile Legends?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.