5 Tips Praktikal Bagaimana Buat Duit Dalam Industri Game!
Kita sekarang berada dalam era ledakan maklumat dan perkembangan teknologi. Dengan adanya kemudahan internet dan teknologi, ia membuka ruang kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dari segi material mahupun bukan material.
Selain itu ia juga membuka banyak peluang-peluang pekerjaan baru yang jauh berbeza dengan pekerjaan traditional. Antaranya ialah menjana pendapatan dengan main game atau melibatkan diri dalam industri game.
Tetapi mungkin ramai orang awam yang masih ragu-ragu, betul ke dengan main game dapat buat duit? Jawapan mudah, main game memang dapat hasilkan duit bahkan sebahagian orang menjadi jutawan hanya berbekalkan bakat main game. Antaranya ialah seorang pemuda yang berusia 27 tahun, Tyler ‘Ninja’ Blevin berasal dari Detroit, US telah menghasilkan pendapatan sebanyak US$10 juta atau RM 41.3 juta setahun.
Jika di Malaysia, kita juga ada gamer-gamer yang berpeluang untuk menjadi pemain professional dalam sukan elektronik (eSport) dan menghasil pendapatan lumayan. Seperti Wong “ChuaN” Hock Chuan yang membina kerjaya dengan game Dota 2.
Khabar-khabar seperti ini telah memberi motivasi kepada ramai orang khususnya anak muda untuk menceburi dalam dunia game. Ramai yang ingat kalau nak buat duit dalam industri game ini, anda kena jadi pemain professional. Sebenarnya selain menjadi pro player, korang juga boleh buat duit.
Disini ada 5 tips untuk buat duit dalam industri game.
1) Menjadi Streamer
Pilihan ini menjadi pilihan kebanyakkan gamer untuk menjana pendapatan. Jika anda mampu menarik ramai peminat untuk menonton permainan game anda, maka lebih tinggi dan cerah untuk anda menjana pendapatan.
Kebanyakkan hasil pendapatan streamer datang melalui tajaan dan langganan. Antara platform yang digemari oleh Streamer adalah Twitch, Youtube dan Facebook.
Tips bagaimana untuk menjadi streamer yang berjaya boleh baca disini.
2) Menjadi Pengurus
Mungkin dalam anda yang tidak mahir main game tetapi ingin menceburi dalam dunia game, maka ini antara pilihan yang boleh pertimbangkan.
Jika anda mempunyai kemahiran pengurusan dan komunikasi, menjadi pengurus kepada pasukan Esport adalah perkara menarik untuk dicuba kerana jawatan ini mempunyai permintaan yang tinggi.
Boleh mulakan dengan mengurus kelab esport di peringkat sekolah atau universiti bagi membina portfolio jika anda tindak mempunyai pengalaman.
3) Menjadi Journalist
Anda boleh memilih menulis untuk website anda sendiri atau menulis untuk orang lain. Dalam penulisan, anda boleh menulis berita-berita game, ulasan, temu duga dengan industri atau lain-lain.
JIka anda mempunyai website sendiri, anda boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan dan langganan.
4) Menjadi Youtuber Gaming Atau Podcast
Selain stream game di Youtube, anda juga boleh hasilkan konten-konten seperti tutorial, panduan untuk main sesuatu game. Anda juga boleh jadi Host podcast gaming, sama ada dengan menjemput gamer-gamer atau membincangkan sesuatu game.
5) Menjadi Pengulas Atau Caster
Sebagaimana setiap sukan perlukan pengulas, begitu juga dengan sukan elektronik. Anda boleh mengulas keseluruhan dan analisis gameplay.
Jika anda power dalam bidang ini, ia dapat hasilkan pendapatan yang lumayan.