5 Game PC Menarik Yang Boleh Anda Dapatkan Di Bawah Harga RM40!

0 1,313

Durian runtuh buat gamer PC, Steam summer sale 2018 sudah berlangsung. Ini peluang buat gamer PC memborong game-game yang diminati kerana dalam acara ini banyak game dan juga franchais terkenal memberikan diskaun yang besar sehingga 5 Julai.

Disini Team Moshed ingin kongsikan game-game yang boleh anda pertimbangkan dengan harga di bawah RM40

1. Fallout New Vegas – RM RM7.59

Sejak keluaran Fallout New Vegas game ini pernah menduduki carta tertinggi. Game Fallout merupakan game yang mengisahkan perjuangan hidup di dunia setelah perang nuklear dan perkara ini membuatkan permainannya bertambah menarik untuk diikuti.

Fallout New Vegas merupakan game yang hampir sama dengan Fallout 3. Tidak terlihat begitu banyak perubahan ketara. Hanya beberapa perbezaan dasar sahaja dibandingkan Fallout 3. Anda akan menjelajah daerah baru iaitu New Vegas. Yang paling menarik anda tidak perlu main game Fallout 3 kerana jalan ceritanya tidak bersambung.

2. Left 4 Dead 2 – RM3.90

Salah satu game zombie survival yang cukup laris satu ketika dahulu walaupun game ini memang sudah agak lama.

Walaubagaimanapun game ini masih terus tetap dimainkan kerana terdapat pelbagai jenis mod seperti mod senjata, mod karekter sehinggalah kepada mod peta. Dengan mod yang pelbagai, game ini bertambah menarik untuk bermain secara multiplayer.

3. Ori and the Blind Forest Definitive Edition – RM 19.02

Game Ori and the Blind Forest ini pernah memenangi award game terbaik bagi X-box pada tahun 2015. Game ini menawarkan kualiti grafik, audio dan gameplay yang sangat mengasyikan untuk dimain. Menurut para gamer ia merupakan game yang mempersonakan jiwa dan mata.

Selain itu siri kedua game ini iaitu Ori and The Will of the Wisps tidak lama lagi jugA bakal dilancarkan.

4. Sid Meier’s Civilization V: Complete – RM 14

Sid Meier’s Civilization V (juga dikenal sebagai Civilization 5) adalah permainan Turn-based strategy yang dibuat oleh Firaxis. Dalam permainan ini, pemain dapat mengelola peradaban dari zaman prasejarah sehingga masa depan. Permainan ini merupakan permainan kelima dalam serial Civilization, dan dilancarkan pada tahun 2010. Dengan harga yang murah, sayang tidak dapatkan.

5. Dishonored Definitive Edition – RM 39.49

Versi ini pernah memenangi banyak penghargaan. Ia memakai konsep perspektif first-person. Pemain dikhendaki bertempur dengan menggunakan pelbagai jenis skill sehingga mececah ratusan. Game ini masih tetap dimainkan walaupun sudah lama.

Game murah lain yang boleh anda pertimbangkan ialah Borderlands 2, Tomb Raider dan Mass Effect 2.

Jika anda mempunyai duit lebih, terdapat banyak game menarik yang boleh anda beli dengan diskaun yang besar seperti Grand Theft Auto V, The Witcher 3, PUBG, Far Cry 5, Final Fantasy XV dan lain-lain lagi.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.